Tuesday, September 13, 2011

GOSIP | GOSIP KITA Belon Satu Kontena Dihantar Depan Rumah Fazura? KL, 7 SEPT 2011: Kelasss kau Fazura. Sudahlah cantik, berbakat pula tu. Lebih membuatkan Murai Batu cemburu bila dapat tahu kediamannya telah didatangi dengan sebuah kontena besar bersepanduk yang siap dihiasi dengan belon berwarna-warni. Amboi, dari siapakah gerangan kontena itu wahai Fazura yang anggun menawan? Cuba jawab sikit. Bukannya apa, Murai Batu hanya ingin tumpang bahagia Yalah, selalunya kejadian romantik seperti ini hanya terjadi dalam kebanyakan filem Bollywood saja. Tak sangka pula dalam kehidupan masyarakat kita juga turut terjadi. Nampak sangat jejaka pilihan Fazura itu seorang yang romantik. Murai Batu difahamkan, kontena yang tersergam indah di hadapan kediaman Fazura pada awal Ramadhan lalu itu adalah sebagai tanda meminta maaf sang kekasih kepada Fazura atas keterlanjurannya. Bukannya terlanjur apa-apa.Cuma daripada apa yang Murai Batu dapat tahu, sang kekasih sedar akan kesilapannya dan kerana tidak mahu perasaan buah hatinya terus tersinggung maka dihantar kontena yang tertulis I'm Sorry. Kesilapan? Biarlah Fazura saja yang tahu... Alahai, so sweet kan. Bilalah agaknya Murai Batu nak dapat layanan segah itu. Jangankan kontena yang dipenuhi belon, malah sejambang bunga plastik, belum tentu lagi. Kerana hakikatnya Murai Batu masih solo. Kasihan Murai Batu ni kan. Khabarnya juga, ada beberapa mata yang telah nampak kehadiran kontena berkenaan di hadapan rumahnya .Lebih dahsyat lagi bila siap ada pasukan polis pengiring yang menghantar kontena itu ke sana. Ewa,ewa.... ini tak boleh jadi. Nampaknya Fazura telah berjaya membuatkan Murai Batu cemburu ke tahap maksima. Murai Batu ingat lagi suatu ketika dulu, ada seorang pelakon jelita yang telah dilamar oleh seorang jejaka dengan menaiki helikopter. Kejadian itu juga telah membuatkan Murai Batu cemburu tahap gaban dan kali ini pula ianya terjadi kepada Fazura. Tapi Fazura, jangan risau. Walaupun Murai Batu cemburu, tapi jauh dalam lubuk hati Murai Batu tersemat rasa gembira. Orang kata, cemburu hanya di mulut tapi tidak di hati dan Murai Batu harapkan pembaca portal murai.com.my jangan ikut cemburu sama ok. Harapan Murai Batu, semoga kehangatan hubungan asmara antara Fazura dan si arjunanya itu akan kekal sampai bila-bila. Kalau boleh sampai ke jinjang pelamin ya. Biarlah apa juga onak dan duri yang datang menjelma, biarlah badai datang menghembas, asalkan hubungan kalian kekal ke akhir hayat. Eee... Propanya ayat Murai Batu ini. Mengalahkan Miss Propa pula. Jangan marah ya Fazura. Hari baik, bulan baik ini dalah lebih afdal untuk bermaaf-maafan. Murai Batu: Khabarnya ada seorang pelakon jelita yang berangan dapat kontrak daripada salah satu label kecantikan. Betulkah? Memang pelakon itu kuat

No comments: