Tuesday, October 11, 2011

LAN A TO Z - BERKAHWIN LAGI???
12-OKT .. 
DI KHABARKAN LAN AKAN BERKHAWIN DENGAN GADIS JELITA INI.. HAIII LANNN BERTUAH NYA BADAN.. DIKHBARKAN GADIS INI BARU BERUSIA 21TAHUN..  DAN YANG PALING PENTING PERKHAWINAN INI DI TAJA OLEH SEBUAH KELAB NGO???... YAA (KELAB KEBAJIKKAN DAN SOSIAL TUN TEJA MALAYSIA) ...  JUGA DIKHABARKAN  DI BUAT DIKELAB TERSEBUT 12.11.2011....   DIKHABARKAN MAJLIS INI DITAJA LEBIH 500RIBU????.... DENGAN PERARAKKAN 50BIJI MOTOR BERKUASA TINGGI, KERETA KUDA???...    DASYATT SUNGUUHHH......... SEMENTARA ITU LAN JUGA BERKATA BAKAL ISTERINYA JUGA AKAN MENGELUARKAN SINGLE YANG PERTAMA PADA HARI PERKAHWINAN TERSEBUT,  DAN DIFAHAM KAN LAN JUGA ADALAH DUTA KEPADA USAHAWAN KELAB TERSEBUT,   WALAU APA PUN KITA TUNGGU SAMA2 JOMM KITA SAKSIKAN NANTI........ TUNGGUUUUUUUUUUUUUUU.................  
hehhehe  keychen 1msia , made in china...   mcm mana bole jadi mcm nie????

 hehehe yang ni buattan msia, bukan apple tapi durian.... buat jenama ni mst laku.... terbaekkkk

Monday, October 10, 2011

AL FATIHAH ,


DATUK AHMAD JAIS MENINGGAL DUNIA.... PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Ahmad Jais,75, atau nama sebenarnya Mohd. Jais Ahmad dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di sini kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa. Jenazah akan dibawa di Masjid Negeri Shah Alam dan akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21. Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas. Allahyarham dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam. Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC kerana beliau mempunyai rekod perubatan di situ. Antara lagu popular beliau ialah Bunga Ku Puja Dipetik Orang, Dikau Pujaan, Gelisah dan Bahtera Merdeka.

Monday, September 19, 2011

Deborah Henry Bawa Semangat Malaysia Boleh....




KUALA LUMPUR, 12 SEPTEMBER 2011: Esok adalah hari penentu, sama ada Miss Malaysia Universe 2011 kebanggaan kita, Deborah Henry, 26 layak dinobatkan sebagai Miss Universe 2011 yang akan berlangsung di Sao Paulo, Brazil.
Sekalian peminat ikon fesyen dan perantara rancangan Bella (NTV7) itu, akan berhimpun di hadapan kaca TV bagi menyaksikan sendiri kewibawaan si manis kacukan Ireland itu menandingini 89 jelitawan dari seluruh dunia.
Detab detub, debaran pastinya semakin dirasai oleh empunya badan itu sendiri yang kala ini sedang bersiap sedia memperkasakan fizikal serta mental sebelum berhadapan dengan hari yang paling bermakna dalam hidupnya.
Namun apa yang pasti, kemunculan Deborah Henry sejak berada di Brazil pada hujung Ogos lalu, telah mendapat perhatian ramai pihak, termasuk juri, media antarabangsa dan juga para peserta kerana keanggunan serta keramahannya.
Global Beauty Special iaitu sebuah website khas yang dicipta khusus untuk pertandingan Miss Universe 2011 telah memilih Deborah Henry sebagai pemenang Miss GB Universe 2011 selepas dinilai menerusi sesi temuramah, pakaian mandi dan juga gaun malam.
Deborah Henry telah mengutip sebanyak 9,788 undian mengatasi Miss France Universe 2011 dan juga Miss Greece Universe 2011, sekaligus melayakkan beliau berada dalam tangga teratas untuk terus beraksi pada acara kemuncak pencarian bertaraf dunia itu.
Selain semangat Jalur Gemilang yang sentiasa tersemat di hati, Deborah Henry turut membawa 3 nama hebat dalam industri fesyen tempatan, iaitu Amir Luqman, Rizalman Ibrahim dan Farah Khan untuk memperindahkan setiap hayunan langkahnya di Brazil.
Sementara itu, beberapa ramalan juga mengatakan Deborah Henry merupakan antara 7 peserta yang layak membawa pulang takhta Miss Universe 2011, di mana beliau akan menyaingi Miss China Universe 2011, Miss France Universe 2011, Miss Philippines Universe 2011, Miss Australia Universe 2011, Miss Greece Universe 2011 dan Miss Costa Rica Universe 2011.
Kelebihan Deborah Henry dikenal pasti kerana memiliki pakej yang lengkap, bijak, mempersona dan paling utama dia telah bersiap sedia. Beliau juga digambarkan sebagai peserta yang mempunyai ciri-ciri Timur-Barat yang paling tepat.
Saksikan dan raikan kemunculan Deborah Henry yang mempersona bersama-sama 88 jelitawan dunia dalam satu acara paling dinanti-nantikan, Miss Universe 2011 yang akan disiarkan di StarWorld (Astro saluran 711) jam 9 pagi esok.
Rancangan bual bicara stesen NTV7, Bella juga akan turut menyiarkan program istimewa sempena temasya berkenaan menerusi slot Bella Live Special yang akan disiarkan selama setengah jam esok, bermula 11.30 pagi hingga 12.30 pagi.

Wednesday, September 14, 2011




















KUALA LUMPUR 14 SEPT : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan memfailkan saman ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Hal itu disahkan oleh Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada portal The Malaysian Insider.

Sebelum ini kerajaan berkata Mohamad tidak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebab tindakannya tidak mengancam keselamatan negara.

“Saya dimaklumkan beliau akan memfailkan kes hari ini, setakat ini satu pihak sahaja... Utusan, beliau akan mengadakan sidang media selepas itu,” kata Tuan Ibrahim.

Penghujung minggu lalu, Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata akan memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia berhubung satu berita berkenaan ceramahnya yang menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Tempoh 24 jam yang diberikan beliau kepada akhbar itu berakhir Jumaat lalu.

“Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekali gus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal,” Mat Sabu dipetik sebagai berkata demikian Sabtu lalu.

Mat Sabu sebelum ini menerima serangan bertubi-tubi dari pimpinan Umno dan media arus perdana ekoran menyifatkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.



KUALA LUMPUR, 13 Sept — Tan Sri Jins Shamsuddin menafikan beliau menghasilkan filem Bukit Kepong tiga dekad yang lalu berdasarkan perspektif dan mengikut ‘selera’ Umno sebagaimana didakwa oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu baru-baru ini.
Malah, beliau juga mendakwa tragedi Bukit Kepong sebenarnya diarahkan oleh Ahmad Indera yang turut dikenali sebagai Mat Indera, yang dikaitkan sebagai ahli Parti Komunis Malaya (PKM).
Minggu lalu, keluarga Mat Indera menafikan dia seorang ahli PKM dan mahu kerajaan membersihkan namanya.
Sambil mengaku beliau seorang ahli Umno, Jins(gambar), 75, yang berasal dari Taiping, Perak mempertahankan beliau menghasilkan filem tersebut berdasarkan penyelidikan ke atas peristiwa bersejarah yang berlaku lebih enam dekad lalu.
Filem yang diarah dan dilakonkan oleh beliau sendiri serta diterbitkan oleh Jins Shamsudin Productions menerima tujuh anugerah pada Pesta Filem Malaysia Ketiga pada 1982.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu (Mohamad) bahawa filem itu dihasilkan berdasarkan perspektif Umno hanya kerana saya ahli Umno.
“Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun,” kata bekas senator ini.
Katanya, “saya sendiri membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis.”
“Malah, ahli keluarga (Ahmad) Muhamad Indera sendiri datang berjumpa dengan saya bagi berbincang mengenai filem ini,” katanya.
“Muhammad Indera terlibat secara langsung dalam serangan ini. Benar dia tidak membunuh dan ada menyuruh beberapa mangsa supaya melahirkan diri, tetapi hasil arahan dia yang menyebabkan 25 nyawa menjadi korban,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut beliau mengadakan sidang akhbar khas bagi mengulas kenyataan Mat Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong lebih enam dekad lalu.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut dilaporkan mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada Umno.
“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra. Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang Umno. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” kata Mat Sabu.
Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.
“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu Umno seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.
Jins pula berkata, berdasarkan keterangan daripada bekas anggota komunis, mereka mengesahkan bahawa operasi itu diketuai Mat Indera dan bekas guru agama tersebut yang bertangungjawab mengarahkan serangan melalui tiupan trompet.
Tambahnya, operasi berkenaan juga dirancang dengan begitu rapi dan pengganas komunis sudah mula mengambil posisi dari atas Bukit Kepong sejak petang sebelum serangan bermula lagi. -TheMalaysianInsider

Tuesday, September 13, 2011

GOSIP | GOSIP KITA Belon Satu Kontena Dihantar Depan Rumah Fazura? KL, 7 SEPT 2011: Kelasss kau Fazura. Sudahlah cantik, berbakat pula tu. Lebih membuatkan Murai Batu cemburu bila dapat tahu kediamannya telah didatangi dengan sebuah kontena besar bersepanduk yang siap dihiasi dengan belon berwarna-warni. Amboi, dari siapakah gerangan kontena itu wahai Fazura yang anggun menawan? Cuba jawab sikit. Bukannya apa, Murai Batu hanya ingin tumpang bahagia Yalah, selalunya kejadian romantik seperti ini hanya terjadi dalam kebanyakan filem Bollywood saja. Tak sangka pula dalam kehidupan masyarakat kita juga turut terjadi. Nampak sangat jejaka pilihan Fazura itu seorang yang romantik. Murai Batu difahamkan, kontena yang tersergam indah di hadapan kediaman Fazura pada awal Ramadhan lalu itu adalah sebagai tanda meminta maaf sang kekasih kepada Fazura atas keterlanjurannya. Bukannya terlanjur apa-apa.Cuma daripada apa yang Murai Batu dapat tahu, sang kekasih sedar akan kesilapannya dan kerana tidak mahu perasaan buah hatinya terus tersinggung maka dihantar kontena yang tertulis I'm Sorry. Kesilapan? Biarlah Fazura saja yang tahu... Alahai, so sweet kan. Bilalah agaknya Murai Batu nak dapat layanan segah itu. Jangankan kontena yang dipenuhi belon, malah sejambang bunga plastik, belum tentu lagi. Kerana hakikatnya Murai Batu masih solo. Kasihan Murai Batu ni kan. Khabarnya juga, ada beberapa mata yang telah nampak kehadiran kontena berkenaan di hadapan rumahnya .Lebih dahsyat lagi bila siap ada pasukan polis pengiring yang menghantar kontena itu ke sana. Ewa,ewa.... ini tak boleh jadi. Nampaknya Fazura telah berjaya membuatkan Murai Batu cemburu ke tahap maksima. Murai Batu ingat lagi suatu ketika dulu, ada seorang pelakon jelita yang telah dilamar oleh seorang jejaka dengan menaiki helikopter. Kejadian itu juga telah membuatkan Murai Batu cemburu tahap gaban dan kali ini pula ianya terjadi kepada Fazura. Tapi Fazura, jangan risau. Walaupun Murai Batu cemburu, tapi jauh dalam lubuk hati Murai Batu tersemat rasa gembira. Orang kata, cemburu hanya di mulut tapi tidak di hati dan Murai Batu harapkan pembaca portal murai.com.my jangan ikut cemburu sama ok. Harapan Murai Batu, semoga kehangatan hubungan asmara antara Fazura dan si arjunanya itu akan kekal sampai bila-bila. Kalau boleh sampai ke jinjang pelamin ya. Biarlah apa juga onak dan duri yang datang menjelma, biarlah badai datang menghembas, asalkan hubungan kalian kekal ke akhir hayat. Eee... Propanya ayat Murai Batu ini. Mengalahkan Miss Propa pula. Jangan marah ya Fazura. Hari baik, bulan baik ini dalah lebih afdal untuk bermaaf-maafan. Murai Batu: Khabarnya ada seorang pelakon jelita yang berangan dapat kontrak daripada salah satu label kecantikan. Betulkah? Memang pelakon itu kuat

Monday, September 12, 2011

Petua menangani EGO orang lelaki.... Untuk mengawal atau mengatasi ego seorang lelaki adalah suatu perkara yang agak sukar. Tetapi ianya tidak mustahil kerana lelaki juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Berkemungkinan anda perlu menukar cara pendekatan atau penyampaian untuk mengatasi ego mereka. Ianya memerlukan sedikit kesabaran dan masa untuk anda berjaya mengatasinya. Terpulang kepada kreativiti anda sendiri untuk menggunakan pendekatan yang dirasakan sesuai.   Dengar apa yang mereka katakan- Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang mereka katakan tidak semestinya seratus peratus tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.   Buatkan mereka berasa bijak- Seorang lelaki amat mementingkan kehormatan mereka. Sekiranya anda merasakan pendapat yang mereka berikan tidak masuk akal sekalipun, jangan memberi kenyataan sehingga mereka menganggap anda memikirkan mereka tidak bijak! Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cuba untuk mempertahankan walaupun mereka sebenarnya sedar mereka salah.   Buatkan mereka merasakan sebagai jaguh - Tidak dapat dinafikan setiap lelaki di dunia amat mengharapkan untuk menjadi hero kepada seseorang wanita. Buatkan mereka merasakan mereka adalah penyelamat anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dan tahu bahawa pasangan anda mungkin tidak dapat membantu, jangan sesekali cuba untuk menyembunyikannya. Tanyakan pendapat mereka walaupun peratus mereka untuk membantu adalah amat sedikit.   Pujian- Hanya dengan pujian yang sederhana sahaja mampu untuk mengurangkan keegoan seorang lelaki. Bukan wanita sahaja yang gemarkan pujian, tetapi lelaki juga sama. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu untuk anda, berilah mereka sedikit pujian. Ini akan membuatkan mereka merasakan anda betul-betul menghormati mereka. Apabila anda telah menunjukkan rasa hormat, tidak mutahil untuk mereka juga menghormati diri anda.   Pastikan anda berada dalam keadaan yang cantik- Keegoan lelaki akan menurun sekiranya melihat sesuatu yang cantik. Untuk panduan wanita, sekiranya anda sedang dalam perselisihan faham dengan pasangan anda, pastikan pada waktu perbincangan itu anda berada di dalam keadaan yang cantik. Ini kerana dari segi psikologi, sekiranya anda berada di dalam keadaan yang tidak terurus atau sebagainya, ia akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda. Berhiaslah secantik-cantiknya untuk tatapan suami anda.   Buatkan mereka merasakan merekan betul- Sememangnya agak sukar untuk mengurangkan ego seseorang lelaki. Anda perlu bijak untuk membuatkan mereka merasakan mereka betul walaupun sebenarnya mereka salah. Gunakan kreativiti anda tersendiri untuk melakukannya. Cuba elakkan daripada memberi bantahan secara terus kerana ia pasti secara terang menunjukkan mereka salah. Cuba berikan penjelasan secara kiasan supaya mereka tidak sedar anda membantah apa yang mereka nyatakan. Biarkan mereka sendiri yang memikirkannya.        
Anak Safura Meninggal Dunia Kerana Demam Panas POSTED SEP 13, 2011 IN BERITA SEMASA, HIBURAN | 0 Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba. “Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan. “Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun. “Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan. “Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana,” katanya yang tidak mampu memberi kenyataan lanjut kerana tidak mampu menahan perasaan sebak. Safura ketika dihubungi berada di hospital bagi menunggu jenazah anaknya dimandikan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Ampang. Jenazah Mariam akan dikebumikan hari ini sebelum Zuhur. Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Bersama suami sekarang, Sharonizam Noor, pelakon itu dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus yang masih berusia setahun. Malah Safura yang pernah tampil bersahaja menerusi teater Ronggeng Rokiah dan Terima Kasih Cinta kini sedang sarat mengandung lima bulan. Daripada : hmetro.com.my|13 September 2011 Disini,daripada pihak blog iqbalhakimi ni mengucapkan takziah buat keluarga safura dan sama-sama lah kita sedekahkan surah al-fatihah untuk arwah.. Semoga Safura tabah menghadapi dugaan Allah Swt.
Salam 1malaysia menjana tranformasi, 1perjuagan lambang pengorbanan ... Jagan cabar org melayu jika melayu dicabar kami Akan bersatu... Demi perjuagan economy Dan sebagainya... Mulai hari ini saga Akan update blog ini Dan kemaskini ... Salam perjuagan...... Salam kemerdekann Salam satu malaysia ...

Saturday, March 12, 2011

SALAM  BLOG INI AKAN DIKEMAS KINI SEMULA, DAN AKAN MENCERIAKAN HARI2 ANDA BERSAMA SAYA....
SAYA BERADA DI  OLD TOWN BANGSAR...