Saturday, June 20, 2009

Salam semua

Semoga anda semua diberkati oleh yang Maha Esa!

Saya ingin share satu fakta tentang survey yang saya lakukan baru-baru ini:-

Saya dapati lebih 90% rakyat Malaysia :-

1. Tidak mempunyai simpanan lebih daripada RM50,000 di dalam akaun mereka- Kalau ada pun simpanan ASB yang berbentuk skim pinjaman. Ramai juga yang RM10,000 pun tak ada di dalam simpanan mereka

2. Ramai yang tidak tahu atau tidak ada ilmu untuk berniaga- Tak kisahlah samada berniaga konvensional seperti kedai makan atau networking/mlm dan sewaktu dengannya. Bila tidak ada ilmu dan on-going learning, chances untuk gagal adalah hampir 98%. Kira berniaga untuk menjadi gagal....

3. Ramai yang mengalami fenomena "kebocoran wang"- Apa itu "kebocoran wang"? Ia adalah senario yang anda ada duit atau bakal dapat duit/gaji atau pendapatan tetapi wang itu dah ada sebab yang sengaja atau tidak sengaja menyebabkan wang itu keluar! Contohnya, anda akan dapat gaji tetapi kereta tiba-tiba rosak atau ada masalah. Atau sedara/kawan macam tahu je yang anda baru dapat duit dan mereka nak pinjam.

4. Ramai yang langsung tak tahu tentang potensi diri mereka sendiri- selepas mengikuti kursus saya anda akan dapat menganalisa serta menghuraikan kekuatan, kelemahan, ancaman, peluang serta potensi diri anda dari segi perwatakan secara detail, keserasian kerjaya, perniagaan, pelaburan, keserasian pasangan atau rakan niaga, getaran warna dan strategi yang terbaik untuk meningkatkan potensi diri anda TANPA PERLU MEMBUANG MASA MELANGGAR DINDING (TRIAL AND ERROR). Anda juga boleh jimat wang dan tenaga.

Kehebatan anda boleh dikenal pasti dengan kajian tarikh lahir ini dan ramai testimonial graduan yang anda boleh baca di dalam blog ini.

Sekiranya anda rasa anda tidak ada duit untuk menyertainya, percayalah.... Sampai bila pun kehidupan anda akan begitu sehingga anda mendapatkan ilmu untuk mengubahnya.....

Yang lainnya, saya serahkan kepada diri anda kerana Allah swt tidak akan merubah nasib kita sehingga kita bertindak untuk mengubahnya....

Anda perlukan ilmu, mentor dan sistem yang terbukti berjaya!

Saya telah mengubah life saya dengan mengenali potensi diri saya menggunakan kajian tarikh lahir dan kajian rahsia kuasa minda jutawan dengan berguru serta mengaplikasikan di dalam perniagaan saya sepanjang 10 tahun ini.....

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Jumpa di dalam kursus kelolaan saya.

-azizi hj ali-
Your Success Coach

No comments: